h1

BM vs BI

November 3, 2009

Ada seorang sahabat bertanya kepada saya tidak lama dahulu, sesuaikah bengkel Bahasa Inggeris dikendalikan di dalam Bahasa Melayu? Jawapan saya, “Sangat sangat sesuai!”

Di dalam sesi tuisyen Bahasa Inggeris yang dikendalikan pun, saya banyak menggunakan Bahasa Melayu berbanding Bahasa Inggeris.

Ketika saya hendak menulis e-book “English Bagus” beberapa tahun lalu, jenuh juga saya mengimbau kembali perjalanan dan pengalaman di sepanjang proses mempelajari Bahasa Inggeris. Oleh kerana proses tersebut bermula seawal umur 8 tahun lagi, maka banyak yang perlu dikenang kembali.

Salah satu perkara yang paling saya ingat ialah rasa bosan setiap kali menghadiri kelas Bahasa Inggeris di sekolah. Saya tidak membenci guru yang mengajar, tetapi kerana tidak memahami apa yang diajar.

Bayangkan, sebagai seorang pelajar yang langsung tidak memahami Bahasa Inggeris, bagaimana dapat saya memberi fokus di dalam kelas? Saya lekas mengantuk ketika guru mengajar, fikiran saya melayang dan adakalanya saya menyiapkan kerja rumah ketika guru mengajar di hadapan!

Teknik-teknik utama yang saya sampaikan melalui Bengkel English Bagus adalah berdasarkan pengalaman yang saya lalui. Untuk itu, saya mengambil keputusan untuk mengendalikan setiap bengkel dan sesi tuisyen di dalam dwi-bahasa di mana Bahasa Melayu diberikan keutamaan.

Adakah ini merugikan peserta/pelajar?

Tidak sama sekali.

Apabila ia dikendalikan di dalam Bahasa Melayu, saya mendapat jaminan bahawa mereka memahami setiap perkataan dan penerangan yang diberikan.

Di dalam sesi tuisyen yang saya kendalikan, setiap sesi akan bermula dengan perbualan, wajib di dalam Bahasa Inggeris. Perbualan ini biasanya dibantu, sebagai contoh, saya akan bertanya kepada setiap pelajar soalan yang sama dan mereka perlu menjawabnya seorang demi seorang.

Dengan cara ini, akan berlaku pengulangan dialog di mana pelajar akan dapat mengingatinya dengan lebih baik kerana dialog yang sama diulang beberapa kali.

CONTOH :

Soalan :

What did you have for lunch?

Jawapan Pusingan Pertama :

I ate [Pelajar sebutkan apa yang dimakan].

Jawapan Pusingan Kedua :

I had [Pelajar sebutkan apa yang dimakan] for lunch today.

Semasa sesi ini berlangsung, sebutan yang salah akan dibetulkan pada waktu itu juga. Pelajar juga dapat melihat bahawa seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris juga mempunyai banyak alternatif perkataan, ayat dan jawapan yang boleh digunakan di dalam perbualan mahu pun penulisan.

Dengan alternatif yang ada, pelajar boleh memilih salah satu yang bersesuaian ketika berbual atau menulis. Jika belum berkeyakinan atau berasa malu, bolehlah menggunakan ayat-ayat ringkas. Dengan latihan yang kerap, pelajar akan dapat menggunakan ayat-ayat yang lebih sukar di masa hadapan.

Selamat mencuba!

Syalina Ahmad

h1

Penangguhan Bengkel

November 3, 2009

Adalah dimaklumkan bahawa Bengkel English Bagus (Modul Pendidik) di Pulau Pinang dan Alor Setar terpaksa ditangguhkan. Tarikh barunya akan dimaklumkan kemudian.

Sekian, terima kasih.

Syalina Ahmad

h1

Bengkel “English Bagus!” Di Utara

October 4, 2009

Bengkel English Bagus! dimulakan pada tahun 2007. Bengkel-bengkel yang dianjurkan sebelum ini ditumpukan kepada perkongsian teknik-teknik mempelajari Bahasa Inggeris secara mudah, murah dan berkesan.

Selepas bengkel terakhir pada bulan Mac 2009, bengkel English Bagus! kini kembali dengan pengisian baru yang telah dikemaskini.

Bengkel kali ini akan memberi fokus kepada aktiviti-aktiviti yang sesuai dan menyeronokkan untuk dipraktikkan bersama anak-anak dan pelajar, khususnya di peringkat awal kanak-kanak.

Ketahui idea-idea yang boleh dipraktikkan di dalam proses pembelajaran dan pengajaran Bahasa Inggeris. Ketahui juga teknik-teknik mudah, murah dan berkesan!

********************

Tarikh :
31 Oktober 2009 (Sabtu)

Lokasi :
Safira Country Club
Bandar Seberang Jaya, Pulau Pinang

Masa :
9:00 pagi – 4:30 petang

Yuran Penyertaan :
*RM60.00 seorang
(termasuk minum pagi & makan tengahari)
*Yuran bagi lokasi luar P.Pinang adalah berbeza

TARIKH BENGKEL BERIKUTNYA :
14 NOVEMBER 2009 (ALOR SETAR)

********************

TEMPAT TERHAD!
Tarikh tutup penyertaan :
26 Oktober 2009

********************

TENTATIF

Pengenalan
Aktiviti 1
~ Minum Pagi ~
Aktiviti 2
Sing Along!
Aktiviti 3, 4, 5
Sing Along!
~ Makan Tengahari & Solat ~
Sing Along!
Tip-tip Internet
Sing Along!
Slot ‘Reading CAN Be Fun!’
Penutup

********************

SERTAI KAMI HARI INI!

Hubungi
012-2065872
sy_amd2001@yahoo.com
http://www.englishbagus.wordpress.com

********************

TEMPAT TERHAD!
Tarikh tutup penyertaan :
26 Oktober 2009

********************

Info Pengendali Bengkel :
Klik Sini

h1

TIP : Bahasa Inggeris Untuk Anak-Anak

September 9, 2009

Mengajar anak-anak untuk berbahasa Inggeris amat mencabar. Kadang-kadang kita mahu anak-anak pandai berbahasa Inggeris sehingga memaksa mereka menyukainya. Mungkin kita lupa kata pepatah, “tak kenal maka tak cinta”.

Untuk menyukai dan mencintai Bahasa Inggeris, anak-anak perlu mengenalinya dahulu. Apatah lagi jika ia adalah bahasa asing yang tidak pernah ibu bapa gunakan di rumah.

Proses mengenali Bahasa Inggeris pula boleh dibuat secara berperingkat-peringkat, mungkin tanpa sedar. Jika ibu bapa kerap menyuruh anak-anak berbahasa Inggeris, anak-anak mungkin akan menganggap ia suatu beban. Jika terus dipaksa, keseronokan untuk mempelajarinya akan hilang. Malah tidak mustahil, anak-anak akan mula membenci Bahasa Inggeris pula.

Di antara usaha yang boleh dibuat ialah :

(a) Menggalakkan anak-anak menonton kartun dan animasi berbahasa Inggeris. Kurangkan menonton kartun-kartun yang dialihbahasa.

(b) Hadiahkan buku, VCD atau CD berbahasa Inggeris ketika sambutan hari lahir. Lebih elok jika ianya berasaskan pendidikan. Sebagai contoh, hadiahkan Dora the Explorer, Go Diego Go, Barney & Friends, Sesame Street dan sebagainya, bukan Ultraman, Power Rangers atau Crayon Shin-Chan.

(c) Menonton VCD atau mendengar lagu-lagu Inggeris bersama anak-anak. Dengan menonton bersama mereka, kita boleh menggalakkan mereka mengikuti apa yang ditonton. Sebagai contoh, jika watak kartun menyebut “It’s a tiger!”, kita boleh terus mengajak anak-anak menyebutnya bersama-sama. Jika menonton bersendirian, selalunya anak-anak akan sekadar menonton.

(d) Ajar perkataan demi perkataan, mulakan dengan yang paling mudah ketika melakukan sesuatu aktiviti. Amat elok bagi aktiviti-aktiviti yang berulang seperti ketika makan, sebelum tidur atau ketika mandi. Ini bermakna, perkataan-perkataan yang diajar itu akan diulang penggunaannya setiap hari. Sebagai contoh, “adik nak eat?” atau “jom brush teeth“.

(e) Utamakan lagu kanak-kanak atau nursery rhymes yang memerlukan mereka menggayakan sesuatu aksi, sebagai contoh “if you’re happy and you know it clap your hands” di mana mereka akan belajar bahawa ‘clap hands’ itu ialah ‘tepuk tangan’.

Amat mencabar. Pun begitu apa jua cabarannya, perkara pokok paling penting ialah – SABAR.

Syalina Ahmad

h1

TIP : Menyanyi Sambil Belajar

August 12, 2009

Salah satu cara paling mudah dan menyeronokkan untuk belajar Bahasa Inggeris ialah melalui nyanyian.

Tidak lama dahulu saya menganjurkan bengkel Bahasa Inggeris di sebuah sekolah agama. Menariknya, pelajar-pelajar di sana begitu sporting sekali. Walaupun malu-malu, mereka bersedia melayani permintaan saya untuk menyanyi bersama-sama.

Lagu-lagu Inggeris dari Barat mempunyai melodi yang menarik dan catchy. Pun begitu sayang sekali, bukan semua lagu sesuai diikuti oleh kita semua terutamanya anak-anak remaja.

Kita tahu pelajar-pelajar kita menggemari sesebuah lagu itu, namun liriknya tidak sesuai. Jadi, apakah langkah terbaik yang boleh kita praktikkan? Kita ambil melodi lagu-lagu popular dan tukarkan liriknya. It’s that simple!

Lirik-lirik bolehlah dikaitkan dengan fakta sejarah, pembelajaran Bahasa Inggeris malah formula matematik sekali pun! It’s fun. Dengan cara ini, pelajar akan beroleh dua kebaikan sekali gus iaitu menghayati melodi lagu kegemaran dan pada masa yang sama mendapat ilmu melalui informasi yang terdapat di dalam lirik lagu.

Di bawah ialah salah satu contoh. Liriknya saya tulis mengikut melodi lagu Jason Mraz berjudul “I’m Your”.

MARI KITA, MARI KITA NYANYI BERSAMA
BILA KITA NYANYI, KITA RASA SANGAT GEMBIRA
MENYANYI BERSAMA-SAMA
BELAJAR BERSAMA

KITA SUKA, AWAK SUKA, CIKGU PUN SUKA
BILA MARKAH KITA NAIK LIMA KALI GANDA
JANGANLAH BERDUKA
MAK AYAH PUN GEMBIRA

NOUNS ARE THINGS OR PLACES, ANIMALS AND PEOPLE
THESE ARE NOUNS:
AIRPLANE, LIBRARY, OSTRICH, JERRY OR HARRY
THOSE ARE NOUNS….

 
Lirik boleh menggabungkan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris seperti di atas. Dengan cara ini, pelajar-pelajar boleh turut serta di dalam penulisan lirik. Mungkin mereka boleh menulis lirik di dalam Bahasa Melayu secara berkumpulan manakala bahan Bahasa Inggerisnya pula dibantu oleh guru.
Selamat mencuba!
 
Syalina Ahmad
 
h1

Menarik : 7 Ogos 2009

July 25, 2009

Pada 7 Ogos 2009, jam 12, 34 minit dan 56 saat (tidak kiralah sama ada mengikut 24 hour atau 12 hour time format), susunan masa dan tarikh adalah seperti berikut :

12 : 34 : 56 07/08/09
(1 2 3 4 5 6 7 8 9)

Angka tersusun elok dari 1 hingga 9.
Ini peristiwa sekali seumur hidup!

h1

Buku Fiction & Nonfiction

July 23, 2009

Fiction (Fiksyen) : Kisah-kisah rekaan, mungkin berdasarkan imaginasi seperti novel dan sebagainya.

Nonfiction (Bukan Fiksyen) : Kisah-kisah benar yang ditulis berdasarkan fakta, pengalaman dan sebagainya. Buku-buku politik, travelog dan biografi jatuh di dalam kategori ini.

Baik jika masih mengelirukan, mungkin boleh ikuti tip berikut :

Berkata NO sekali sahaja :

Fiction = Not True (Tidak betul/tidak benar)
Nonfiction = True (Betul/benar)

h1

Heal The World

July 9, 2009


h1

Pie Idioms

June 25, 2009

Idiom bermaksud simpulan bahasa atau ungkapan.

(a) Easy as pie : Benar-benar senang dan mudah. Sebagai contoh, “Learning the song was as easy as pie.” Bagi menggambarkan sesuatu perkara itu mudah, adakalanya “as easy as ABC” dan “as easy as 123” di gunakan.

(b) Pie-eyed : Mabuk.

(c) To have a finger in many pies : Terlibat di dalam pelbagai aktiviti atau pekerjaan yang berbeza. Sebagai contoh, “I am busy. I have my finger in many pies“.

 

(Dari BBC Learning English - You Tube)

 

h1

Longest English Word

June 22, 2009

Menurut Oxford melalui askoxford.com, perkataan Bahasa Inggeris paling panjang ialah pneumonoultramicroscopicsilicovolcanoconiosis (sejenis penyakit berkaitan paru-paru). Cubalah kira berapa huruf yang ada di dalamnya!

Perkataan-perkataan lain :

Otorhinolaryngological  (22 huruf)
Immunoelectrophoretically  (25 huruf)
Psychophysicotherapeutics  (25 huruf)
Thyroparathyroidectomized  (25 huruf)
Pneumoencephalographically  (26 huruf)
Radioimmunoelectrophoresis  (26 huruf)
Psychoneuroendocrinological  (27 huruf)
Hepaticocholangiogastrostomy  (28 huruf)
Spectrophotofluorometrically  (28 huruf)
Pseudopseudohypoparathyroidism  (30 huruf)